Followers

Pages

Friday, June 24, 2011

:: Yogurt & Fafau Hot Fm ::

Hye...

Mesti setiap orang ada minuman kegemaran bila korang minum jew air
yang korang suka tuh, mesti korang nak lagi dan nak lagi...
Bila dok saje-saje jew, mesti teringat kat air yang jadi feveret drink korang tu kan..
Tapi, kena hati-hati, kalau feveret drink korang tak berkhasiat,
korang kena jauhkan diri dari dia, sebab nanti kalau jatuh sakit, korang jugak yang susah..
Contohnya, kalau korang suka sangat air coke, tidak elok untuk kesihatan
korang sebab air tuh bergas, boleh menambahkan asid dalam
perot korang. So, terpaksa lah korang kurangkan minum air tuh...
Bukan tak leh minum langsung tapi berpada-pada lah...kalau sayangkan diri anda.
aku bukannya apa, sekadar nak bagi nasihat kat korang....

ececeh,...panjang berjela la plak nasihat ni kan..aku ni bukan apa..
kadang-kadang bagi nasihat untuk tatapan pembaca-pembaca ajew..tehee..

Ok la..just nak share entri, aku pergi launching Nestle Yogurt Bliss kat Mydin, Subang.
atas urusan kerja aku telah menghadiri launching produk nih.
tehee...tak kesah la kan kena kerja hari sabtu pun, yang penting aku sempat
jugak bergambar dengan Farah Fauzana Hot fm sebab dia
jadi hos untuk event tuh...hehe...da lama ta snap picture dengan artis-artis nih..
nasib baik bos tak de tyme aku tergedik-gedik snap picture dengan Fafau.


Sweet nye..selalu dengar suara dia membebel kat radio ajew..
rupa-rupanya kat luar pon dia banyak cakap jugak..dah memang kerja DJ la katakan..
By the way..credit to bayi momot sebab sempat jugak snap picture aku dengan fara fauzana~
Yesss!!

Disebabkan aku dah jadi tetamu vip untuk event nih, aku dapat bawak balik banyak
minuman yogurt macam-macam perisa. Yelah, Nestle kan baru aje
keluarkan perisa baru sempena "cabaran 14 hari diet bersama yogurt ".
dah dapat banyak yogurt free, hari-hari aku minum yogurt.
Aku dah memang selalu minum yogurt ni, tapi tak de la sampai hari-hari nak kena minum.
Sejak aku dah dengar ceramah kat event tuh, ada fakta mengatakan
kandungan air yogurt tuh baik untuk kesihatan,
lagi-lagi sangat berhasil untuk langsingkan perut. Sejak tu lah, Favourite drink
aku dah beralih kepada air yogurt disamping Float, coconut shake and mineral water.
teehee..

Jom minum yogurt!!
jom like!! www.tips-fb.com

:: Seth Tan vs Nora Elena ::

hye semua....

Lunch Time: Makan nasi lemak pagi tadi + kueh cokodok pisang!
cuaca: Terang benderang!
Persekitaran : Bersepah siket...mahahaha..

Entri kali ni nak mengomen pasal drama bersiri Nora Elena...
Dah la cerita nak tiru macam drama adamaya, past amek heroin tak leh nak feel!
adoooyaii....
Disebabkan kat rumah aku belum ada tv persendirian, aku tak dapat nak
mengikuti drama-drama cintan cintun yang selalu mereka-mereka dok citer..
Sedeykan..bila jumpa orang jew, tanye pasal nora elena, bila aku jenjalan kat blog
blogger laen. dorang asek cerita pasal Nora Elena!
aku tak taw pasai cerita tuh pon..best sangat kew?
Tak leh jadi ni, nasib baik adek aku bertungkus lumus dapatkan drama tuh,
hasil daripada kerajinan teman sekolejnya mengdownload. Syabbass!

At least, kak long hang nih boleh jugak la menatap Nora Elena + Seth Tan
dari episod 1 sampai habess.... ( aku skip2 jew episod yang tak best )
Disebabkan selalu skip-skip, cepatlah aku khatam drama nih..

Wehh...apesal watak Nora Elena tuh Fake habess..
huwaaa...Harapan hancur terkubur melihat lakonan itu..
nak tengok sebelah mata pon jadi malu!!

Kan bagus, kalau di pertengahan jalan dalam cerita tuh, Nora Elena
mati sebab ada penyakit berjangkit, lepas tu datang Lisa Surihani
menggantikan Nora Elena bersama Seth Tan..

Tak pun, tiru macam cerita lagenda budak setan tuh, ada scene
operate-operate muka! haha...tetiba terkeluar erra fazira plak.
erra fazira ngan Seth Tan, ok jugak tuh!

Hahaa...ok tak idea aku...kalau ada producer yang terbaca blog ni,
Sorry lah yer. Nora elena tak sesuai langsung pegang watak
heroin dalam drama nih. Tak pasal-pasal spoil mood penonton yang macam aku
yang terlalu emotional nih....Tak suka lah tengok drama-drama berlakon
FAKE nih...rasa nak muntah jew.!



By the way, Congrats to Seth Tan kerana 'YOU' memang pandai
menjiwai watak..ada feel...memang suami contoh..cair wa cakap lu!!
excuse me, ni bukan sebab gatal yer kawan-kawan..ini memang
penyataan ikhlas dari aku....kalau dah memang betul, aku tak akan nafikan.
Sebab kita semua tahu, Aaron Aziz memang macho kalau bawak watak tuh.
Sampaikan pompuan-pompuan yang tengok, tergila-gila nak
boyfriend diorang jadi macam Seth Tan. kan kan kan?

Overall, drama nih membosankan siket tak macam Adamaya dulu.
tak de drama boleh challenge adamaya lagi.
So Sorry to Nora Elena, skill lakonan YOU perlu diasah and dilatih lagi
sebelum pegang watak-watak heroin macam tuh.
Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Semoga Nora Elena
menjadikan kritikan ini sebagai satu suntikan semangat beliau untuk
terus maju dalam bidang lakonan beliau.


sekian, terima kaseh.





jom like!! www.tips-fb.com

Monday, June 20, 2011

:: Super Japan GT, Sepang ::


Hye everybody...

Seumur hidup aku tak pernah termimpi pun boleh pergi tengok kereta race
kat litar sepang. Kalau ada race kat tv pon, memang aku langsung
tak pandang. Terus je tukar channel lain, baik aku tengok akademi fantasia kew,
semanis kurma kew...huhu, memang tak la aku nak ngadap race-race bagai ni.
Memang aku tak paham pon kalau tengok.

Tapi, bila dah ada peluang pergi litar sepang, tengok Super Japan GT,
baru aku taw memang ramai peminat lumba kereta kat Malaysia nih.
Dulu-dulu aku ingat event-event macam nih tak da orang nak layan pon.
Fuhh..macam tak caya, memang penuh litar Sepang tuh, dah la tiket
harga RM 100 sorang. Kalau tiket konsert Ella, aku boleh terima orang ramai macam nih.

Aku sendiri tak percaya, aku boleh tengok lumba kereta life tuh..
kereta sport bagai ape ke nama aku tak taw..
aku dengar-dengar jew orang sebut-sebut nama kereta,
boleh tahan smart ahh kereta-kereta lumba nih.

disebabkan ini first tyme aku jejak litar Sepang, pada mulanya
aku tak taw apa itu"Pit Walkabout", "Grid Walkabout", kat litar pon ada
"Circuit Safari", apa yang aku tahu, bila malam ada Red Party!
Bak kata Nabil Raja Lawak,"This is the best Bro !!"

Bila dah taw serba sedikit event yang ada bila tengok race kat litar,
Next time aku teringin nak join Safari Circuit. Rupa-rupanya Safari Circuit
nih, pengunjung-pengujung diberi peluang manaiki Bus dalam litar.
Kiranya macam bawak kita jalan-jalan naik bus kat litar tuh masa
kereta-kereta tengah berlumba. Dengar macam scary tapi sungguh unik!
So, pengunjung berpeluang berada kat tengah-tengah litar tu weyh...
kereta yang laju tuh lalu kat sebelah jew...fuhhh..kurus semangat aku.!


Antara acara kemuncak ialah Grid Walkabout, bila semua pelumba-pelumba
akan bawak kereta-kereta diorang kat tengah litar bersama
gadis-gadis litar. Ini kira fenomena biasa la yang ada untuk mereka-mereka
yang dah selalu tengok racing-racing nih. Disebabkan aku nih first time tengok,
terbeliak jugak aku tengok gadis-gadis litar tuh seksi habess..
terkinja-kinja jugak aku nak tengok pelumba-pelumba yang pandu kereta tuh.
diorang keluar dari keretapakai helmet pulak.Apesal tak nak bukak? panas agak nye!

Ni gambar masa kereta-kereta tengah get ready untuk final Race.
Go Go Chayokk!!

Ade lagi yang aku nak share ngan you all, kebetulan masa aku pergi,
ada satu slot diorang nak buat Book of Record, Gathering kereta-kereta
sport mewah kat litar Sepang. So, Owner kereta sport nih berpeluang lah
tayang kereta-kereta diorang kat tengah-tengah litar.
fuhhh..memang panjang giler kereta-kereta beratur di sepanjang litar nih.
So Hot man!!





On the way balik, sempat agi snap picture kereta-kereta comel!
ada pameran kereta-kereta yang full make -up, gila cun weyh..







Kalau betul lah kereta bole ade tempat minum-minum bagai,
memang sah bayi momot nak buat kereta bagi jadi macam nih.
Nasib baik kereta-kereta macam nih punye assesori just untuk view aje.


haa..kalau kereta yang make-up pink-pink macam ni aku suke!
nampak sweet, gedik habess..penuh bling-bling..
siap tempat pijak minyak pon ada glitter and bling-bling..
sayang pulak nak tekan minyak nanti...alamatnyer,
duduk berejam-jam pon tak sampai destinasi sebab, minyak pon takot-takot nak tekan,
takot tercabut bling-bling..tehee..~
jom like!! www.tips-fb.com

Wednesday, June 15, 2011

:: harijadi cik wani ::

Assalamualaikum..

entri ini ditujukan khas kepada cik wani, kawan ku yang berada nun jauh di utara.
apa khabar cik wani kat sana? diharapkan agar sihat wal'afiat..
macam tules surat cinta lah pulak kan...
kredit telefon tak de...kebetulan plak, kat rumah baru dapat online.
so, nak amek kesempatan ni nak wish
selamat hari jadi yang ke 23..moga panjang umur dan di murahkan rezeki..
nak tules malam tadi tapi tak sempat...



ini picture masa aerobik bersama cik wani tyme kat usm dulu..
pagi-pagi beraerobik sakan..

pesanan kepada cik wani sempena hari jadinya:
1) jaga diri elok2..
2) kalau nak kawen jangan lupa jemput.
3) kalau dah dapat keje jangan lupa bagitaw..
4) jemput datang rumah bila-bila je nak datang..
5) friends forever...miss u~


ini hadiah untuk cik wani ;




kek coklat, tungkus lumus carik kat google image..
special for you..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU~
jom like!! www.tips-fb.com